Isnin, 29 November 2010

yong tau fu & sari ratu

isnin yang lepas (lepas hari raya korban) ketika dalam perjalanan pulang ke ibu kota, pak long singgah sebentar di hentian r n r seremban. kali ini gerai yang menjual yong tau fu mendapat perhatian pak long untuk dicuba.


untuk cubaan kali pertama ini, mak long hanya mengambilnya dalam jumlah yang kecil setelah dicuba, sedap rasanya (mungkin berbeza mengikut selera masing- masing), pada pak long ianya sedap dan sosnya ada kelainan, kerana ia seakan – akan sambal ikan bilis. 

selepas makan dan minum, maka pak long meneruskan perjalanan pak long ke utara.

kemudian singgah pula di restoren seri ratu di kota damansara, berpusing – pusing mencari lokasi ni (di sini jalannya sehala), rupa – rupanya ada jalan yang lebih mudah untuk sampai ke sini. di seri ratu ni paklong minta; gulai tunjang, ayam goreng, sayur lemak pucuk ubi dan sambal serta air buah.

sedap dan selesa makan kat sini, cuma gulai tunjang tu terlalu banyak untuk dihabiskan oleh 2 orang. gambar tak sempat nak ambil sebab bila makanan dah sampai terus je ‘ngap’ lapar lah katakan.

yang cuma resit ni je. (alamak, mana pula resit ni.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan