Sabtu, 27 November 2010

ayam organik

bulan lepas pak long terpanggil untuk mencuba ayam al - mumtaz, maka paklong membelinya dari kedai yang berhampiran dengan tempat tinggal pak long, harganya agak tinggi jika di bandingkan dengan ayam biasa. sebenarnya pak long sudah lama mengetahui tentang ayam al - mumtaz ini.

semasa pak long memilih - milih ayam di dalam peti sejuk, brader penjual menceritakan serba sedikit tentang ayam ini, berkenaan kaedah penternakan yang dilaksanakan di ladang ayam ini.

ceritanya, ternakan ayam ini diperdengarkan ayat - ayat suci al - quran setiap hari dan diberikan makan dari bahan - bahan yang terpilih dan bersih, dan katanya lagi ayam ini juga mempunyai rasa yang agak berlainan jika dibandingkan dengan ayam biasa.

apa yang dikatakan oleh brader penjual itu ada kebenarannya, ketika membasuh ayam ini, baunya tidak sehanyir ayam biasa dan apabila dimasak rasanya agak berbeza rasa dagingnya. seronok dan puas pak long hari tu dapat makan tanpa sedikit pun rasa was - was.

mungkin sebab ayam - ayam ni tidak mengalami tekanan, serta faktor pemakanan dan disembelih dengan kaedah yang betul, maka dengan itu rasa dagingnya agak berbeza.

kita masuk bab penternakan sikit, di jepun kaedah yang diamalkan ini (menjaga makanan dan stres haiwan), juga diamalkan oleh penternak - penternak lembu kobe (kobe beef) di jepun, dimana lembu - lembu ini diurut dan diberikan sake setiap hari.

hasilnya daging lembu yang berkualiti tinggi dan mendapat di serata dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan