Sabtu, 13 Ogos 2011

berbuka puasa . . .

terfikirkah kita, dari sumber mana makanan atau minuman yang kita ambil semasa berbuka puasa? halal atau haram...

apa hukumnya memakan benda halal, hasil dari sumber yang haram...

Rabu, 20 Julai 2011

umrah . . .

paklong terasa macam nak pegi mengerjakan bila sembang - sembang dengan kawan - kawan yang dah mengerjakannya... nampak macam tak berapa susah cara mengerjakannya, cuma yang susahnya adalah bagaimana nak mengumpulkan duit nak buat tambang dan belanja selama ada di sana...

dan jumlah duit yang nak dikumpul pula berkait rapat dengan musim, tempoh masa dan tempat tinggal semasa disana...

terfikir juga boleh ke kita kerjakan umrah macam kaedah 'destinasi budget' yang disiarkan kat tv tu... kaedah menggunakan / membelanjakan duit dengan jumlah yang paling minima untuk melancong... tinggal kat hotel / tempat penginapan  yang murah, ala kadar saja, hanya untuk tempat meletakkan barang, berehat dan mandi...

kata kawan - kawan yang pernah pergi mengerjakan umrah, tempat penginapan yang murah - murah biasanya jauh dari masjidil haram, lebih dari 500 meter...

rasanya tiada masalah guna kaedah ni dan paklong rasa paklong akan guna kaedah ini...

Selasa, 12 Julai 2011

puasa, sedekah dan lailatul qadar . . .

antara ayat berkenaan sedekah dan malam lailatul qadar yang biasa kita dengar adalah seperti ayat ini

"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya"

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

dan terdapat banyak lagi ayat - ayat quran serta hadis berkaitan amalan bersedekah terutama bersedekah di bulan puasa...

dan sekiranya anda mempunyai rm300, bagaimana pula cara anda melakukannya?

adakah anda akan menyerahkan kesemua wang anda pada hari pertama berpuasa... atau anda akan menyerahkannya pada malam lailatul qadar, malam yang anda ramal berdasarkan ilmu serta kajian ulamak...

dan sekiranya ramalan anda tepat maka anda akan menjadi jutawan dalam sekelip mata, dalam masa satu malam sahaja...

atau anda memilih cara dengan menyerahkannya pada malam - malam ganjil pada 10 malam akhir berpuasa berdasarkan sabda rasulullah,

Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

atau anda memilih menyerahkannya dengan nilai rm10 setiap hari sepanjang bulan puasa dalam bentuk juadah untuk berbuka puasa, bersandarkan kepada hadis ini..

Barang siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

atau dengan kaedah yang sama, cuma anda memilih melakukannya pada malam - malam ganjil 10 malam terakhir bulan puasa...

Jumaat, 8 Julai 2011

moga - moga istiqomah...

alhamdulillah... sudah dua kali paklong membawa balik kain - kain pelikat dari surau untuk dibasuh... moga - moga pak long istiqamah dalam melakukan kerja ini setiap minggu... 

pak long juga berharap supaya lebih ramai yang sudi mengikut pak long dalam kerja ini... 

kiblat beralih arah . . .

pada hari israk mikraj tempoh hari, paklong berpeluang bersolat subuh secara berjemaah di salah sebuah masjid di daerah selama... apa yang menghairankan paklong, ada beberapa individu bersolat sunat sebelum masuknya waktunya subuh, kedudukan mereka agak terpesong dari arah kiblat masjid...

pada fikiran paklong, ini mungkin disebabkan oleh kedudukan sejadah yang senget... bila selesainya azan, dan paklong memasuki dewan solat, paklong dapati mimbar masjid juga senget sama kedudukan dengan sejadah yang berada di lantai... baru lah jelas pada paklong rupa - rupanya masjid ini telah di betulkan arah kiblatnya...

mungkin ada lagi masjid - masjid yang menerima nasib yang sama seperti masjid ini...

Rabu, 11 Mei 2011

sebuah projek kecil untuk kehidupan...

projek ni adalah suatu projek yang telah pak long nak lakukan, tapi keadaan kewangan tidak mengizinkan bagi pak long... jadi projek ni tertangguh selama hampir lebih 1 tahun... projek ini bukanlah projek besar, atau projek raksasa... cuma sekadar sebuah projek kecil yang pak long harapkan boleh menambah serta menampal kekurangan dalam amalan pak long seharian...

projek ini pak long namakan 'projek kain pelikat', di mana pak long belikan beberapa helai kain pelikat dan pak long letakkan di surau / masjid, untuk kegunaan orang ramai... dan pak long juga akan mengumpulkan serta membasuh kain - kain ini seminggu atau dua minggu sekali... dan meletakkannya semula di tempat yang sama...

pak long berharap, pak long akan istiqamah melakukan kerja ini selama mana pak long mampu melakukannya...

Ahad, 3 April 2011

steamboat di taman tun

(gambar amik dari blog orang lain)

pagi semalam, ketika bersiar - siar di internet, paklong terbaca tentang chinese muslim steamboat sebuah restoren steamboat di taman tun dr ismail. paklong terjumpa artikel ni secara tak sengaja, di sebuah blog.

maka paklong pun mengajak maklong untuk berkunjung ke lokasi ini selepas habis bersiar - siar di 1 utama, untuk makan tengahari. tapi kami berdua juga, mempunyai tempat pilihan kedua (muhibbah seafood juga di ttdi) sekira silver pot belum memulakan operasi pada ketika kami sampai.

agak susah juga untuk mencari tempat 'parking' di kawasan ini, nak makan punya pasal jumpa juga.

paklong pesan air je, macam biasa maklong pesan makanan, maklong pesan 'lover set'. paklong minta sup ayam, maklong pula tomyam, nanti boleh tukar2. makan sampai kenyang, sampai tinggal pinggan.

Sabtu, 2 April 2011

roti banjir special

hari tu (khamis 31/3/2011) tak tahu apa gilanya, paklong dan rakan - rakan paklong sanggup naik putra lrt dari kerinchi ke masjid jamek semata - mata hanya untuk bersarapan. mungkin sebab dah jemu bersarapan di persekitaran tempat kerja agaknya.

lokasinya restoren noor / restoren amnah, selangor mansion, juadahnya roti banjir special (roti canai dengan 2 biji telur separuh masak yang dipecahkan dan diletakan di atas roti dan kuah dal banjir beserta sambal).

terbaik untuk pagi itu.

Selasa, 8 Mac 2011

kembara ulamak...

pada cuti hari minggu yang bersambung dengan cuti maulidul rasul baru - baru ini, paklong telah mengikuti rombongan menjelajah ke utara tanahair. bertujuan untuk menziarahi pondok - pondok pengajian serta guru - guru tua yang berada di sana.

antara tempat - tempat yang dilawati oleh rombongan paklong sepanjang perjalanan ini

pondok ustaz sabri : bersama ustaz sabri di kediaman beliau, pondok ustaz sabri, lubuk kawah (nama madrasahnya akan di update kelak) sebahagian dari pondok ustaz sabri hangus dijilat apa dalam kebakaran tidak lama dahulu. kini ianya telah pun dibaik pulih.


madrasah darul muhajirin : bersama tuan guru ustaz khairul anwar al - shafie al - balasi di madrasah darul muhajirin, pondok bukit gajah teriak, jitra. pondok ini juga mengadakan kelas umumi (kepada orang awam sekitarnya) pada setiap hari sabtu bermula jam 8:30 am sehingga jam 10:30 am.


ribat nasrul nuhajirin, permatang kaka, megat dewa, kodiang. (paklong sudah lupa info berkenaan tempat ini)


kediaman tuan guru pak su mid, di kuala pai, bukit tembaga, daerah padang terap, kedah. di sini kami ditemukan dengan luban / kundur yang dicari - cari selama ini dan pak su mid juga menjual minyak wangi dengan harga yang berpatutan.

Isnin, 7 Mac 2011

perjalanan : makan

nasi lemak

'nasi lemak kubur' itulah nama gelarannya, lokasi kedai ini terletak di jalan masuk ke 'tanah perkuburan islam hulu bernam', berhampiran dengan masjid dan balai polis, mungkin sebab itulah namanya begitu. lokasi ini diperolehi dari rakan sekerja maklong yang berasal dari tanjung malim.

pagi itu dalam perjalanan ke utara, maklong mengajak paklong singgah sarapan di kedai tersebut, kata maklong nasi lemaknya sedap. jadi paklong pun singgah untuk bersarapan.

paklong hanya duduk, maklong yang mengambil nasi untuk sarapan. bila sampai nasi paklong, wow! nasi paklong berlaukkan paru, ikan bilis petai dan sambal bilis, maklong pula berlaukkan telur goreng, ikan goreng dan sambal bilis. terkejut paklong melihat apa yang diambil oleh maklong. 

semua ini termasuk 2 teh o dan nasi tambah (nasi tak cukup, lauk banyak) hanya rm 8.00.

mee udang

pada malamnya paklong membawa maklong menikmati  hidangan mee udang di restoren nur zetty, yang jalan masuknya terletak di sebelah kiri sebelum persimpang changkat jering lebuhraya plus.

kata maklong, kuahnya sedap, udangnya pula besar - besar (mee udang spesyel). paklong hanya melihat maklong makan mee sambil makan sate ayam.

dan disebabkan sedap (kata maklong), maka paklong menambah pesanan, 2 lagi mee udang untuk dibawa pulang.

mee rebus tapah

dalam perjalanan pulang ke kuala lumpur, paklong ambil keputusan untuk keluar dari highway untuk makan tengahari di tapah, mungkin di tempat yang biasa paklong makan di masjid daerah tapah. tapi secara tiba - tiba paklong terpandang 'signboard' mee rebus tapah di sebelah kanan sebaik keluar dari exit tapah menghala ke tapah. tiba - tiba juga paklong teringat akan beberapa blog yang menyatakan tentang lokasi ini. lalu paklong ambil keputusan untuk singgah di mee rebus tapah untuk menikmati makan tengahari.

tanpa berlengah paklong dan maklong terus memesan 2 mee rebus, teh ais dan teh o ais, semasa paklong menikmati hidangan paklong, paklong terpandang hidangan semangkuk mee rebus dan tulang. lalu paklong berkata kepada maklong 'ada tulang', dan paklong mencari - cari gambar atau menu yang menyatakan tentang hidangan tersebut, rupa - rupanya ada tertulis dalam menu, 'special - mee rebus tulang'.

disebabkan oleh keciwa dan malas, maka maklong memesan mee rebus tulang dan nasi ayam, kedua - duanya dibungkus untuk di bawa pulang dan maklong membayarnya dengan menggunakan duit paklong, harganya rm 18.60.

Jumaat, 25 Februari 2011

bahasa arabnya, luban


panggilan dalam bahasa arab adalah luban, dalam bahasa urdhu ia dikenali dengan nama kundur dan dalam bahasa inggeris ia lebih dikenali dengan nama frankincense.


paklong perolehi luban ini ketika menziarah pak su mid di bukit tembaga, semasa cuti maulidur rasul baru - baru ini. dan hampir semua sahabat - sahabat paklong membelinya untuk dibawa pulang.  


ia adalah getah / resin sejenis pokok dengan nama saintifiknya boswellia, yang banyak terdapat di yemen. terdapat pelbagai kegunaan, antaranya sebagai pewangi; rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Frankincense 

Rabu, 9 Februari 2011

halal : wagyu

paklong agak mushkil dan tertanya - tanya dengan adanya daging wagyu halal di pasaran. 

Ahad, 30 Januari 2011

masjid, binaan unik.

masjid al irsyad ini terletak di jawa tengah, indonesia, binaan masjid ini menyerupai kaabah. dikatakan masjid ini menggunakan sistem pengudaraan semulajadi tanpa menggunakan sistem kuasa elektrik dan dikelilingi oleh kolam / tasik buatan.
dikatakan juga, syiling masjid ini dihiasi dengan 99 lampu - lampu   yang melambangkan 99 nama suci Allah SWT atau Asmaul Husna.

bahagian mimbar masjid ini pula dibiarkan terbuka menghadap kiblat,  bagi paklong, mungkin seronok rasanya solat maghrib sambil menikmati suasana matahari terbenam.

Rabu, 26 Januari 2011

doa pendinding dan penggerak

ayat ini merupakan sebahagian daripada ayat - ayat yang terdapat dalam bismillah 5 dan paklong biasa amalkan ayat ini setiap kali melakukan pekerjaan, menaiki kenderaan dan tidur.