Rabu, 20 Julai 2011

umrah . . .

paklong terasa macam nak pegi mengerjakan bila sembang - sembang dengan kawan - kawan yang dah mengerjakannya... nampak macam tak berapa susah cara mengerjakannya, cuma yang susahnya adalah bagaimana nak mengumpulkan duit nak buat tambang dan belanja selama ada di sana...

dan jumlah duit yang nak dikumpul pula berkait rapat dengan musim, tempoh masa dan tempat tinggal semasa disana...

terfikir juga boleh ke kita kerjakan umrah macam kaedah 'destinasi budget' yang disiarkan kat tv tu... kaedah menggunakan / membelanjakan duit dengan jumlah yang paling minima untuk melancong... tinggal kat hotel / tempat penginapan  yang murah, ala kadar saja, hanya untuk tempat meletakkan barang, berehat dan mandi...

kata kawan - kawan yang pernah pergi mengerjakan umrah, tempat penginapan yang murah - murah biasanya jauh dari masjidil haram, lebih dari 500 meter...

rasanya tiada masalah guna kaedah ni dan paklong rasa paklong akan guna kaedah ini...

Selasa, 12 Julai 2011

puasa, sedekah dan lailatul qadar . . .

antara ayat berkenaan sedekah dan malam lailatul qadar yang biasa kita dengar adalah seperti ayat ini

"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya"

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

dan terdapat banyak lagi ayat - ayat quran serta hadis berkaitan amalan bersedekah terutama bersedekah di bulan puasa...

dan sekiranya anda mempunyai rm300, bagaimana pula cara anda melakukannya?

adakah anda akan menyerahkan kesemua wang anda pada hari pertama berpuasa... atau anda akan menyerahkannya pada malam lailatul qadar, malam yang anda ramal berdasarkan ilmu serta kajian ulamak...

dan sekiranya ramalan anda tepat maka anda akan menjadi jutawan dalam sekelip mata, dalam masa satu malam sahaja...

atau anda memilih cara dengan menyerahkannya pada malam - malam ganjil pada 10 malam akhir berpuasa berdasarkan sabda rasulullah,

Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

atau anda memilih menyerahkannya dengan nilai rm10 setiap hari sepanjang bulan puasa dalam bentuk juadah untuk berbuka puasa, bersandarkan kepada hadis ini..

Barang siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

atau dengan kaedah yang sama, cuma anda memilih melakukannya pada malam - malam ganjil 10 malam terakhir bulan puasa...

Jumaat, 8 Julai 2011

moga - moga istiqomah...

alhamdulillah... sudah dua kali paklong membawa balik kain - kain pelikat dari surau untuk dibasuh... moga - moga pak long istiqamah dalam melakukan kerja ini setiap minggu... 

pak long juga berharap supaya lebih ramai yang sudi mengikut pak long dalam kerja ini... 

kiblat beralih arah . . .

pada hari israk mikraj tempoh hari, paklong berpeluang bersolat subuh secara berjemaah di salah sebuah masjid di daerah selama... apa yang menghairankan paklong, ada beberapa individu bersolat sunat sebelum masuknya waktunya subuh, kedudukan mereka agak terpesong dari arah kiblat masjid...

pada fikiran paklong, ini mungkin disebabkan oleh kedudukan sejadah yang senget... bila selesainya azan, dan paklong memasuki dewan solat, paklong dapati mimbar masjid juga senget sama kedudukan dengan sejadah yang berada di lantai... baru lah jelas pada paklong rupa - rupanya masjid ini telah di betulkan arah kiblatnya...

mungkin ada lagi masjid - masjid yang menerima nasib yang sama seperti masjid ini...