Isnin, 20 Disember 2010

cheese keju

terdapat pelbagai jenis dan rasa cheese yang berada di pasaran, apakah pernah kita mengambil tahu tentang kaedah pembuatannya?

Sabtu, 4 Disember 2010

situasi ketika hujan

bila di jalanraya seboleh – bolehnya kita sebagai pengunggang motor dan pemandu kereta mahu mengelak dari mengikuti lori – lori yang membawa barangan yang busuk seperti lori ayam, lori itik, lori lembu, lori babi dan lori sampah yang airnya meleleh disepanjang jalan. seboleh – bolehnya kita akan cuba menjauhkan kenderaan atau cuba memotong kenderaan lori tersebut sejauh yang mungkin. 

di highway, paklong sering melihat penunggang motosikal memotong lori sampah dengan kaedah, menggunakan kenderaan besar yang lain sebagai penahan, yakni mengikut kenderaan besar yang lain yang ingin memotong lori sampat tersebut dan memintas di sebelah kanan lorong ketika kenderaaan besar tersebut memotong lori sampah. dengan cara ini, paklong rasa penunggang motor dapat mengelakkan diri mereka dari terkena percikan air licik yang meleleh keluar dari lori sampah tersebut. 

untuk worst case scenario, dalam keadaan hujan dan jalan yang berair, dan kita tidak boleh memotong kenderaan sesuka hati dan terpaksa mengikut kenderaan dihadapan kita. apa kata kalau dihadapan kita adalah lori yang membawa babi?

paklong pernah ajukan soalan ini kepada ustaz (maklum sajalah pak long ni penunggang motor) di tempat paklong tinggal, seingat paklong jawabnya, "anggap saja macam air kotoran biasa", kerana air yang meleleh dari lori tersebut ke jalanraya menyebabkan keseluruhan jalanraya yang berair menjadi air najis berat secara otomatik, bagaimana nak elak? tapi kalau boleh potong, potong lah lori berkenaan.