Selasa, 8 Mac 2011

kembara ulamak...

pada cuti hari minggu yang bersambung dengan cuti maulidul rasul baru - baru ini, paklong telah mengikuti rombongan menjelajah ke utara tanahair. bertujuan untuk menziarahi pondok - pondok pengajian serta guru - guru tua yang berada di sana.

antara tempat - tempat yang dilawati oleh rombongan paklong sepanjang perjalanan ini

pondok ustaz sabri : bersama ustaz sabri di kediaman beliau, pondok ustaz sabri, lubuk kawah (nama madrasahnya akan di update kelak) sebahagian dari pondok ustaz sabri hangus dijilat apa dalam kebakaran tidak lama dahulu. kini ianya telah pun dibaik pulih.


madrasah darul muhajirin : bersama tuan guru ustaz khairul anwar al - shafie al - balasi di madrasah darul muhajirin, pondok bukit gajah teriak, jitra. pondok ini juga mengadakan kelas umumi (kepada orang awam sekitarnya) pada setiap hari sabtu bermula jam 8:30 am sehingga jam 10:30 am.


ribat nasrul nuhajirin, permatang kaka, megat dewa, kodiang. (paklong sudah lupa info berkenaan tempat ini)


kediaman tuan guru pak su mid, di kuala pai, bukit tembaga, daerah padang terap, kedah. di sini kami ditemukan dengan luban / kundur yang dicari - cari selama ini dan pak su mid juga menjual minyak wangi dengan harga yang berpatutan.

Isnin, 7 Mac 2011

perjalanan : makan

nasi lemak

'nasi lemak kubur' itulah nama gelarannya, lokasi kedai ini terletak di jalan masuk ke 'tanah perkuburan islam hulu bernam', berhampiran dengan masjid dan balai polis, mungkin sebab itulah namanya begitu. lokasi ini diperolehi dari rakan sekerja maklong yang berasal dari tanjung malim.

pagi itu dalam perjalanan ke utara, maklong mengajak paklong singgah sarapan di kedai tersebut, kata maklong nasi lemaknya sedap. jadi paklong pun singgah untuk bersarapan.

paklong hanya duduk, maklong yang mengambil nasi untuk sarapan. bila sampai nasi paklong, wow! nasi paklong berlaukkan paru, ikan bilis petai dan sambal bilis, maklong pula berlaukkan telur goreng, ikan goreng dan sambal bilis. terkejut paklong melihat apa yang diambil oleh maklong. 

semua ini termasuk 2 teh o dan nasi tambah (nasi tak cukup, lauk banyak) hanya rm 8.00.

mee udang

pada malamnya paklong membawa maklong menikmati  hidangan mee udang di restoren nur zetty, yang jalan masuknya terletak di sebelah kiri sebelum persimpang changkat jering lebuhraya plus.

kata maklong, kuahnya sedap, udangnya pula besar - besar (mee udang spesyel). paklong hanya melihat maklong makan mee sambil makan sate ayam.

dan disebabkan sedap (kata maklong), maka paklong menambah pesanan, 2 lagi mee udang untuk dibawa pulang.

mee rebus tapah

dalam perjalanan pulang ke kuala lumpur, paklong ambil keputusan untuk keluar dari highway untuk makan tengahari di tapah, mungkin di tempat yang biasa paklong makan di masjid daerah tapah. tapi secara tiba - tiba paklong terpandang 'signboard' mee rebus tapah di sebelah kanan sebaik keluar dari exit tapah menghala ke tapah. tiba - tiba juga paklong teringat akan beberapa blog yang menyatakan tentang lokasi ini. lalu paklong ambil keputusan untuk singgah di mee rebus tapah untuk menikmati makan tengahari.

tanpa berlengah paklong dan maklong terus memesan 2 mee rebus, teh ais dan teh o ais, semasa paklong menikmati hidangan paklong, paklong terpandang hidangan semangkuk mee rebus dan tulang. lalu paklong berkata kepada maklong 'ada tulang', dan paklong mencari - cari gambar atau menu yang menyatakan tentang hidangan tersebut, rupa - rupanya ada tertulis dalam menu, 'special - mee rebus tulang'.

disebabkan oleh keciwa dan malas, maka maklong memesan mee rebus tulang dan nasi ayam, kedua - duanya dibungkus untuk di bawa pulang dan maklong membayarnya dengan menggunakan duit paklong, harganya rm 18.60.