Isnin, 29 November 2010

yong tau fu & sari ratu

isnin yang lepas (lepas hari raya korban) ketika dalam perjalanan pulang ke ibu kota, pak long singgah sebentar di hentian r n r seremban. kali ini gerai yang menjual yong tau fu mendapat perhatian pak long untuk dicuba.


untuk cubaan kali pertama ini, mak long hanya mengambilnya dalam jumlah yang kecil setelah dicuba, sedap rasanya (mungkin berbeza mengikut selera masing- masing), pada pak long ianya sedap dan sosnya ada kelainan, kerana ia seakan – akan sambal ikan bilis. 

selepas makan dan minum, maka pak long meneruskan perjalanan pak long ke utara.

kemudian singgah pula di restoren seri ratu di kota damansara, berpusing – pusing mencari lokasi ni (di sini jalannya sehala), rupa – rupanya ada jalan yang lebih mudah untuk sampai ke sini. di seri ratu ni paklong minta; gulai tunjang, ayam goreng, sayur lemak pucuk ubi dan sambal serta air buah.

sedap dan selesa makan kat sini, cuma gulai tunjang tu terlalu banyak untuk dihabiskan oleh 2 orang. gambar tak sempat nak ambil sebab bila makanan dah sampai terus je ‘ngap’ lapar lah katakan.

yang cuma resit ni je. (alamak, mana pula resit ni.)

Ahad, 28 November 2010

warung ibu : nasi ambeng dan soto

ketika dalam perjalanan menghadiri majlis kenduri kahwin di tanjung karang, mata pak long terpandang papan iklan bertulis 'warung ibu nasi ambeng soto'. maka dengan pantas pak long telah mengambil keputusan untuk singgah di tempat ini ketika dalam perjalanan pulang nanti.


hajat di hati hanya ini membeli sebungkus nasi ambeng, tetapi dengan secara sengaja telah membeli nasi ambeng dan soto. nak dijadikan cerita (dah rezeki mungkin - kata awek tu dah nak balik dah) nasi ambeng tu bertambah dengan 2 ketul ayam masak kicap. 


nasi ambeng berlaukkan ayam kicap, sambal goreng, mee goreng dan serunding, mungkin sebab dah lewat lauk pun dah banyak yang dah habis.

Sabtu, 27 November 2010

ayam organik

bulan lepas pak long terpanggil untuk mencuba ayam al - mumtaz, maka paklong membelinya dari kedai yang berhampiran dengan tempat tinggal pak long, harganya agak tinggi jika di bandingkan dengan ayam biasa. sebenarnya pak long sudah lama mengetahui tentang ayam al - mumtaz ini.

semasa pak long memilih - milih ayam di dalam peti sejuk, brader penjual menceritakan serba sedikit tentang ayam ini, berkenaan kaedah penternakan yang dilaksanakan di ladang ayam ini.

ceritanya, ternakan ayam ini diperdengarkan ayat - ayat suci al - quran setiap hari dan diberikan makan dari bahan - bahan yang terpilih dan bersih, dan katanya lagi ayam ini juga mempunyai rasa yang agak berlainan jika dibandingkan dengan ayam biasa.

apa yang dikatakan oleh brader penjual itu ada kebenarannya, ketika membasuh ayam ini, baunya tidak sehanyir ayam biasa dan apabila dimasak rasanya agak berbeza rasa dagingnya. seronok dan puas pak long hari tu dapat makan tanpa sedikit pun rasa was - was.

mungkin sebab ayam - ayam ni tidak mengalami tekanan, serta faktor pemakanan dan disembelih dengan kaedah yang betul, maka dengan itu rasa dagingnya agak berbeza.

kita masuk bab penternakan sikit, di jepun kaedah yang diamalkan ini (menjaga makanan dan stres haiwan), juga diamalkan oleh penternak - penternak lembu kobe (kobe beef) di jepun, dimana lembu - lembu ini diurut dan diberikan sake setiap hari.

hasilnya daging lembu yang berkualiti tinggi dan mendapat di serata dunia.

Selasa, 16 November 2010

makanan berasaskan telur : cuci telur

ramai yang mengambil ringan terhadap perkara ini, atau mungkin tidak perasan tentang betapa pentingnya perkara ini. begini, pernahkah kita terfikir dari mana keluarnya telur tersebut? pernahkah kita membeli telur dan didapati masih terdapat kesan kotoran pada telur tersebut?

bagi paklong, biasa paklong akan mencuci telur tersebut sebelum digunakan atau disimpan di dalam peti sejuk, perkara ni dah lama paklong amalkan, mak paklong pun melakukan perkara yang sama.

pernah juga paklong melihat, peniaga memaparkan tulisan ‘telur telah dibasuh’, bagus peniaga begini yang prihatin terhadap kebersihan.

Isnin, 15 November 2010

chinese food

saya agak gemar menikmati masakan cina (bukan nasi goreng cina) dan agak susah bagi kita untuk mencari ‘halal chinese food’ suatu ketika dulu. namun sekarang ianya bukan satu perkara yang susah lagi bagi sesetengah tempat.

sekarang ini sudah banyak, restoren ataupun tempat makan yang menyediakan makanan berteraskan ‘halal chinese food’.

salam pengenalan, pak long siak jemputan

pak long wujudkan blog ni untuk mencatatkan pengalaman serta pemerhatian paklong juga keperihatanan paklong terhadap pelbagai perkara. pertama - tamanya makanan dan tempat makan (makanan yang halal dan sedap), islam (setakat yang paklong tahu) dan beberapa perkara lain yang difikirkan perlu diketahui umum.


sekian.